Tips

Sebenarnya bagi kita yang pakai tudung ni penjagaan rambut amatlah penting supaya rambut kita ni elok dan cantik..tak ada kutu,kelemumur dan sbgnya,betol tak??ok jom kita tengok tip2nye ek..


Tips 1 : Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda,dapatkan nasihat dari orang yang pakar.

Tips 2 : Jika anda memakai tudung kepala,pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu.Jika tidak rambut akan mendapat masalah seperti kelemumur,rambut berbuah,rambut berbau dan pening kepala.

Tips 3 : Semasa anda mengeringkan rambut dengan tual,cara terbaik adalah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut.Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Ingat!!JANGAN GOSOK RAMBUT ANDA DENGAN KASAR!

Tips 4 : Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung,letakkan santan kelp di atas rambut.Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala.Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai.Untuk kesan yang terbaik,amalkan cara ini seminggu sekali.

Tips 5: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung,sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus.Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yng secukupnya.

Tips 6 :Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum

Tips 7 : Untuk menghilangkan kelemumur,gosokkan kuli kepada anda dengan limau purut yang telah dihangatkan.Setelah kelemumur gugur,basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur.dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

Tips 8 : Untuk rambut anda berminyak,pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari.Faktor-faktor rambut berminyk seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan ,tekanan yang anda alami,keadaan cuaca panas ataupun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

Tips 9 : Sikat rambut anda bila perlu sahaja.Tapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus.Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut,ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.Dan jangan sikat rambut terlalu kasar.

Tips 10 : Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tidak mudah kusam.

Tips 11 : Jika anda perlu juga menggunakan alat pengering rambut (hair dryer) jalan penyelesainnya ialah : Sebelum melakukan blow letakkan foam,setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan.Tujuan foam dan setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan.

Tips 12 : Untuk mendapatkan rambut yang halus,gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.

Tips 13 : Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalu ketat.Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan tidak berbau.






2) TIPS MEMILIH TUDUNG

INGIN TAMPIL ELEGEN?

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung ..

1. Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.

2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-Waheeda.

3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.



4. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.

5. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.



6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.

7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.



 8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.

9. Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ini bagi mengelakkan lilitan tudung nampak menggelembung.

WARNA TUDUNG DIPADANKAN DENGAN BAJU



1. Warna pastel untuk semua salah pilih warna pastel, kita akan kelihatan 'jengkel' dengan apa jua pakaian yang digayakan.


2. Bagi yang mempunyai kulit kuning langsat, gayakan tudung dengan himpunan dari warna biru, lavender dan pink. Wajah nampak lebih menonjol dan terserlah. Elakkan warna hijau dan kuning kerana ia membuatkan wajah tampak kusam.

3. Bagi yang mempunyai warna kulit putih, gayakan tudung dengan warna hijau, ungu, dan lavender. Ia membuatkan wajah kelihatan lebih segar. Warna merah jambu akan membuat wajah bertambah pucat.



4. Kulit sawo matang sesuai dengan warna hijau dan kuning agar tampak lebih terang. Elakkan warna kelabu dan yang agak gelap, agar wajah tidak kelihatan kusam.






3) TIPS TUDUNG


a.Tudung dari bahan polyster

1.Rendamm berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.


b.Tudung dari bahan sutera.


2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.


3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.


4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.


5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau lipat.



1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.


2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.


3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.


4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.

5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.


C.Tudung dari bahan kapas.

1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.


2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.
3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.


d.Tudung dari bahan tenunan.

1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.


2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain
 tenunan.


4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.


e.Tudung dari bahan pashmina

1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.


2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.


3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.






Memilih AKSESORI yang tepat




(CEKAK)
Cekak bukan lagi sekadar digunakan oleh mereka yang tidak bertudung malah ada juga 
yang bertudung boleh bergaya dengan aksesori ini.
jika anda ingin bergaya menggunakan cekak, pastikan tudung
atau inner tidak bercorak dan berwarna-warni.
Cekak yang digunakan pula cukup hanya satu atau dua yang
dipasangkan pada atas kepala. Pastikan warna terhad pada warna hitam,
kelabu atau emas sahaja bagi menampakkan penampilan anda tidak
pelik dan terlampau.




(PIN HIASAN)
Pin hiasan sememangnya pelengkap kepada penampilan. Bukan sahaja cantik digayakan
pada baju, malah tudung juga. Tetapi perlu ingat, jika tudung yang dipakai
berbunga atau sarat dengan corak, pin hiasan tidak sesuai dipadankan. Hanya
jika tudung tersebut kosong atau inner yang bertingkat warnanya sahaja
sesuai dipadankan dengan pin hiasan. Selain pin hiasan anda juga boleh menggunakan
penyepit rambut atau apa juga hiasan rambut yang sesuai dan mudah diletakkan
pada tudung anda. Seelok-eloknya aksesori tersebut bersaiz kecil dan tidak
perlu berwarna-warni. Jika aksesori tersebut bersaiz agak besar cukup hanya
satu sahaja diletakkan dikepala anda dia tidak akan kelihatan serabut.


(KERONGSANG)
Tudung kosong sangat sesuai jika ditambah dengan aksesori yang pelbagai,terutamanya kerongsang. Namun perlu diingat keronsang yang dipadankan tolaklah perlu terlalu besar atau berwarna - warni, cukup hanya dengan satu warna seperti warna perak atau emas. Dua warna ini sangat sesuai digayakan dengan pelbagai warna tudung. Lebih menawan jika kerongsang tersebut kemas dan bersaiz kecil. Pasti cahaya wajah anda akan lebih berseri-seri dan menerlah. Ini kerana, pemakaian aksesori pada tudung bukan untuk ' meneggelamkan' si pemakai, tetapi untuk menyerlahkan lagi penampilan dan kejelitaan si pemakai. 


(LILITAN)
Kebanyakkan remaja kini gemar menggayakan selendang berbanding tudung. Tetapi selendang yang digayakan juga perlu di sesuaikan dengan aksesori agar tidak kelihatan serabut. Jika selendang yang di lilit dan bahagian hujungnya dibiarkan lepas, pastikan kerongsang yang dipakai bukan bersaiz besar. Begitu juga jika hujung selendang di jadikan jalinan. Lebih sesuai jika digunakan kerongsang kecil dan disembunyikan dibahagian dalam tudung agar tidak kelihatan. Ini kerana juraian dan jalinan yang dibuat cukup membayangkan hiasan semula jadi pada penggayaan tudung anda. Perbezaan pula bagi lilitan selendang yang lebih kemas tanpa sebarang juraian dan jalinan. Cara lilitan kemas ini memerlukan aksesori atau perhiasan bagi melengkapkan lagi penampilan.