Penjagaan Tudung Beraksesori


Terdapat pelbagai jenis tudung terkini yang berada dipasaran lebih-lebih lagi tudung beraksesori.
         namun kebanyakan pengguna masih tidak arif dalam penjagaan tudung yang dibeli. Sama ada cara 
              membasuh,menjemur,menyimpan atau mengosok.

               Tip ini akan membantu anda yang kebuntuan dalam memberi penjagaan yang terbaik
       untunk aksoseri anda..!!

(a) Membasuh
Jika tudung kamu beraksesori cara membasuhnya adalah dengan menggunakan sabun kain yang khas 
untuk fabrik yang lembut. Sabun jenis ini dapat mengelakkan daripada masalah luntur warna
dan rosak daripada fabrik.

Bagi tudung aksesori pada bahagia hujung lebih baik anda tidak merendam atau membasuh
aksesori dari mengelakkan daripada aksesori rosak, tertanggal atau berkarat.

Bahagia atas kepala jangan sesekali gosok pada bahagia tersebut kerana batu yang terlekat
pada tudung tersebut akan mudah tertanggal.

Bahagian luar tudung pula hanya celup tudung dalam air sabun beberapa kali
dan bilas sehingga bersih.

(b)Menjemur
Ketika menjemur pula jangan sesekali memerah atau membilas tudung tersebut. Cara begitu akan membuatkan aksesori tertanggal dan rosak. Oleh itu, jemur di ampayan dalam keadaan basah
dan sepit tudung agar tidak terbang ketika kering.Untuk langkah keselamatan,
jangan jemur tudung anda dibawah sinaran matahari yang terik kerana dikhuatiri 
akan merosakkan struktur kain dan warna tudung tersebut..!!

(c)Mengosok
Bagi tudung yang beraksoseri dan struktur kain mudah kedut cara mengosoknya adalah dengan 
menyediakan lapik pada meja gosok dengan kain yang tebal dan lembut.
gosok pada kadar suhu yang sederhana kerana kain tudung adalah kain yang mudah
rosak akibat suhu yang tiunggi.

(d)Menyimpanang
Kamu perlu menggunakan penyangkut khas untuk menggantung tudung yang beraksesori ini.
jangan dicampur dengan pakaian lain. jangan sesekali menyangkut tudung pada 
bahagian yang mempunyai aksesori. biarkan aksesori terjuntai atau tersimpan agar aksesori tidak rosak.